Rosz Malieyana: March 2015

19 March 2015

Rasa 1 Kali, Nak Lagi !



Dengan Lafaz Bismillah...


Kami menyediakan Perkhidmatan Pencuci Mulut/Dessert yang sangat sedap..

Rasa 1 Kali, Nak Lagi !


Rasai Revolusi Dadih Cik Manis yang sangat memenuhi citarasa anda semua….

Dadih Cik Manis mempunyai  5 perasa :


1. Oren
2.Blueberry 


3. Strawberry 
4. Laici
5. Jagung

Anda boleh memilih mengikut citarasa anda!

Dadih Cik Manis juga ada menyediakan perkhidmatan Pencuci Mulut ini untuk semua majlis anda dengan PERCUMA !!!

Best kan dengar!!..hihi…

Hubungi kami…






18 March 2015

Happy Our Anniversary..Sayang Awak!!









اَلْحَمْدُلِلّهِ

Genap 4 tahun usia perkahwinan aku bersama cik somi tercinta yang sangat aku hormat,sanjung & sayang !



I Luv U So Much..

Banyak dugaan & rintangan & halangan kita sepanjang perhubungan kita menjadi suami isteri…

Memang banyak kan! Tapi Allah pemberi yang TERHEBAT buat aku kerana kurniakan suami yang sangat baik..;-)

Secara jujurnya..hubungan perkenalan kami bukanlah lama seperti org lain yang bercinta bertahun2..
Bagai nak rak! Tapi x jadi..

semua tu ketentuan Allah yang kita tidak ketahui..samalah dengan aku…

Dipertemukan tanpa disangka & jangka..

Semuanya RAHSIA ALLAH سُبْحَانَ اللّهُ  sangat manis!

Terima Kasih Allah…








Semoga hubungan kami berkekalan hingga ke jannah…
Dan aku doakan juga agar dikurniakan ‘adik’ untuk Hadif..hihi.



Umo pun dah makin meningkat… now, I am 30!! 
Umo cik somi pun dah 33 thn!!..hihii ( sori..saje kantoikan umo abg..hihi )

Semoga kita menjadi ummi + abah  yang baik untuk anak kita...

Semoga tahun ni juga diberikan kejayaan untuk kita dalam mengusahakan perniagaan kita…





Happy  ANNIVERSARY!!


15 March 2015

Kisah KUDA dan SEMUT







Banyak PENGAJARAN yang kita boleh dapat dari kisah ini.. JOM BACA DULU!

Pada suatu hari, seekor kuda sedang beristirehat kerana merasa kepenatan setelah memikul barangan yang membebankan. Beban yang cuma sebesar setengah daripada punggungnya itu telah diletakkan dipunggungnya oleh majikan kuda itu.

Perjalanan yang begitu berat ditambah pula hari yang begitu panas terik, maka kuda itu pun beristirehat di pohon yang rendang, dengan nafas yang termengah-mengah dan mulutnya berbuih-buih.

Ketika kuda itu sedang beristirehat, tiba-tiba lalulah segerombolan semut yang kelihatan sedang bernyanyi-nyanyi dengan riang gembira sambil membawa makanannya juga.

Sambil membawa beban masing-masing, ada yang membawa bangkai, tulang-tulang binatang termasuk cebisan-cebisan ayam dan sebagainya lagi. Kuda itu berasa hairan apabila melihat segerombolan semut itu senang hati dengan riang gembira bernyanyi-nyanyi.
  

Semut juga melihat kuda terduduk dalam kepenatan. Sebaik sahaja menghampiri kuda tersebut, ketua semut itu bertanya kepada kuda, "Hai kuda, apa yang sedang kau lakukan disini?"

"Saya sedang berehat wahai semut," jawab kuda.

"Kenapa kau kelihatan begitu penat sekali?" tanya semut lagi.

"Itulah dia, saya begitu penat membawa beban ini, beban yang tidak sebesar badanku ini tapi tersangatlah penat bagiku," jawap kuda itu lagi.

Maka semut itu pun bertanya, "Siapa punya beban yang kau bawa itu, wahai sang kuda?"

Maka kuda pun menjawap, "Bos aku punya, yang sedang minum dan makan-makan di bawah pohon di sebelah sana tu.."

"Oh begitu..." kata sang semut sambil tersenyum.

Sang kuda berkata, "Eh! Kamu semua ini pula, kenapa nampak begitu gembira?" tanya sang kuda kepada sang semut itu tadi.

"Kami memang begini setiap hari. Kami juga membawa beban yang berat bahkan lebih berat dari badan kami tetapi kami rasa gembira sekali..."

"Kenapa boleh jadi begitu ya?" tanya sang kuda dengan rasa hairan.

Ketua semut itu diam sejenak lalu berkata, "Barangkali kerana kita mempunyai jurang perbezaan wahai kuda..."

"Apa perbezaannya?" tanya kuda.

"Kamu membawa beban yang berat tetapi beban yang berat itu bukan kepunyaanmu, tetapi majikanmu yang sedang makan minum di bawah pohon sana. Sedangkan, kami semua membawa beban memang lebih besar daripada badan kami tetapi beban-beban ini adalah kepunyaan kami sendiri, dan bukannya bos kami...demikian penjelasan semut.

Kuda itu termanggu-manggu tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tetap seekor kuda.







Itu lah dia kisah antara kuda dan semut.

Apa yang menarik, watak kuda dan semut ada dalam masyarakat manusia. Kuda dan semut memang dah tak ada pilihan, tetapi sebagai manusia kita banyak pilihan. Sebab Allah telah kurniakan kepada kita dengan hati dan akal untuk memilih.
 
Kuda Dan Semut umpama…

Bekerja Makan Gaji VS Usahawan.


Hampir semua orang yang bekerja makan gaji 
(termasuk la aku ni…) masalahnya apabila ‘MASA KITA DITENTUKAN bukan KITA MENENTUKAN MASA KITA SENDIRI’
(ambik ko…terpukul x?..betul..betul..)

Kerana kita patut patuh pada majikan yang telah ditetapkan n yang paling JELAS,duit datang dan pergi. 
Sekalipun kita belanjakan duit itu, pasti akan datang juga kepada kita semula. 
Cuma bayaran gaji dibayar berdasarkan aturan waktu yang ditetapkan…

Ini TIDAK pada Usahawan ! Mereka yang menentukan MASA mereka sendiri. 
Walaupun banyak dugaan + Cabaran yang dihadapi oleh usahawan dalam perniagaan mereka, mereka tetap tabah & gembira menghadapinya, kerana mereka terima hasil setimpal dengan usaha yang mereka keluarkan.

Dan sedar @ tidak..ramai diantara kita ‘Selesa Sangat’ apabila kita dikuda-kudakan! Walaupun sepanjang berpuluh2 tahun lamanya.. Itulah dipanggil ‘ Setia Hujung Nyawa’ . Tetapi, walau apa pun, kita tetap perlu bersyukur dengan NIKMAT yang diberi.

KESIMPULANNYA : We Choose Our Life. We Choose How To Design It On Our Own Ways !

p/s : Saya nak jadi SEMUT!...Gembira ngan hasil yang dibawa berkat hasil usahanya dengan izin-NYA. InsyaALLAH.







13 March 2015

MAKLUMAT UNTUK TEMPAHAN KERETA SEWA


Kepada pelanggan2 ku yang disayangi...
Jika anda ingin membuat tempahan kereta...hanya sertakan maklumat seperti dibawah bagi memudahkan kami menguruskan tempahan kereta seperti yang diminta.






Terima Kasih..


' Keselesaan Anda Keutamaan Kami '




PERODUA MYVI 1.3 (A) UNTUK DISEWA

PERODUA MYVI 1.3 (A)  UNTUK DISEWA  :

- RM 130 perday
- Minimum SEWA untuk 2 Hari
- Condition kereta sangat baik!!
- Boleh jalan jauh
- Harga THORBAIK untuk sewaan 1 Bulan

Dokumen Diperlukan :
1. Salinan IC
2. Salinan IC PENJAMIN
2. Salinan Lesen
3. Student Card/Bil Elektrik
4. Employee Card/Bil Elektrik
5. Surat dari syarikat ( Jika Tiada Employee Card )
6. Security Deposit perlu disediakan,

*Penghantaran boleh nego
*Security Deposit perlu disediakan.

Hubungi segera untuk tempahan awal.
Jika berminat..hubungi sya.. 

call/whatapps/sms :
Rosz - 017-506 7268
Liey - 017-972 6742



11 March 2015

MANUSIA CEPAT MENGELUH




Mengeluh? Mungkin lebih 99% akan mengeluh kan…
(termasuk lah aku ni..bohong la kalau xpenah mengeluh)

…tapi kenapa kita selalu mengeluh?

Mengeluh tentang makanan?
Xsedap la..masin la..masam lah..kelat la..
Mengeluh sebab keja banyak?
..bnyaknya keja..susahnya keja..
Mengeluh sebab  x cantik?
Ada jerawat la..muka tembam la..x cantik la..
Mengeluh tentang suami @ isteri?
Dia ni..xpandai masak la..dia ni xpndai buat keputusan la…dia ni lembap la…
Mengeluh tentang hidup?
Kenapa aku ni selalu malang..
kenapa aku x mcam dia la…
Mengeluh tentang anak?
Kenapa anak aku xpandai..
kenapa anak aku x comel..
kenapa anak aku lembap..
Mengeluh tentang pekerjaan?
Kenapa la aku x jadi pegawai mcm dia..boleh mengarah jer…
kenapa aku dapat keja kuli jerk..

Kalau Kita mengeluh pasal MAKANAN
Ingatlah ada orang yang tak dapat makanan, adaorang yang masih mengutip makanan..ada orang yang masih mengira@mengikat perut kerana nak bagi anak makan…dan mcm2 lagi..
Kalau Kita mengeluh pasal KERJA..
Ingatlah..Orang lain yang kerja dalam panas, bawah matahari..
Orang lain yang xputus berdoa untuk dapatkan kerja..
Dan bayangkan kalau kita tiada kerja masa tu?
 Kalau Kita mengeluh kerana x CANTIK..
Ingatlah..kecantikan hanya pinjaman semata2..
Bersyukurlah dengan kecantikan yang sedia ada..
Janganlah kerana CANTIK untuk mengharap pujian manusia..
Dan fikirkan semula, jika kita tiada apa yang kita miliki sekarang..?
 Kalau Kita mengeluh kerana pada SUAMI @ ISTERI..
Ingatlah masih ramai lagi yang memohon untuk diberikan teman hidup..
 Kalau Kita mengeluh kerana HIDUP..
Bayangkan mereka yang telah meninggal dunia terlalu cepat?
 Kalau Kita mengeluh kerana ANAK..
Bayangkan mereka diluar sana yang masih mengharapkan anak…
Dah berkahwin 10 tahun masih tidak dikurniakan anak…
 Kalau Kita mengeluh kerana PEKERJAAN..
Fikirkanlah yang masih menggangur di luar sana..
Orang2 cacat yang masih mengharapkan pekerjaan..
 Apabila situasi begini berlaku…
Kita jugalah yang akan menuding jari dan menyalahkan orang lain. Sebelum tu, Ingatlah tiada siapa yang tak pernah melakukan kesilapan/kesalahan.
So, fikirkan sejenak..teruskan senyum & bersyukur…kerana Tuhan memberi peluang untuk teruskan kehidupan..


Jom..saya share satu kisah yang dipetik dari… Author by Bin Muhammad



Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati.”

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya,
"Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini.

Abu Hassan bertanya,
"Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"
Wanita itu menjawab,
"Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?" Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya.
Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah, Kerana itu Rasulullh saw bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah saw bersabda,:" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah) Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah



أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْْقَيُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ
Astaghfirullahal'adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih 





Semua yang datang menyebabkan kita cepat mengeluh..adalah ujian diberikan Allah pada kita.

Adakah terfikir di fikiran kita, Apakah  Allah tidak sayang pada kita lagi ?

Benarlah firman Allah swt :
“Sesungguhnya  manusia itu diciptakan  bersifat keluh-kesah  lagi  kikir (lokek). Apabila  dia ditimpa  kesusahan, ia berkeluh-kesah.  Dan apabila  dia mendapat kebaikan  ia amat  kikir.” (al-Maarij : 19-21)

Manusia cepat mengeluh apabila ditimpa ujian, mempersoal itu dan ini, namun apabila diberi kebaikan, jarang sekali kita memanfaatkan ia sebaiknya. Akibatnya, kita mengenal erti bahagia dengan perspektif yang salah. Melihat ujian sebagai masalah, melihat nikmat hingga lupa akhirat. Sungguh, rugilah manusia begini kan!
Lihat, dan pandanglah sekeliling
Masih banyak nikmat yang patut kita syukuri dan seringkali buat kita tersenyum tanpa kita sedari. Terlalu sibuk melihat kelebihan orang lain membuatkan kita terlupa melihat ‘hadiah’ Allah buat kita.
Nikmat hidup aman dan damai, yang kini didambakan seluruh Muslimin di Palestin, Rohingya, dan Selatan Thailand . Bersyukurlah kita masih tenang sewaktu melangkah keluar dari rumah, masih mampu menunggang basikal ke taman dengan gembira, dan berhijab dengan sempurna tanpa sebarang gangguan. Sedangkan mereka di sana masih lagi ketakutan dihujani bom dan peluru dari pelbagai arah, bahkan nyawa mereka juga menjadi taruhan setiap hari.
Antara lain, nikmat kesihatan yang kita miliki. Mempunyai anggota badan yang lengkap sempurna, seharusnya membuatkan kita insaf melihat mereka yang buta, cacat pendengaran, lumpuh, kudung, bisu, dan macam-macam lagi. Sedikit pun tidak Allah uji kita dengan nikmat anggota badan ini, bahkan kita digesa memanfaatkan fungsinya sebaiknya.
Jangan pernah lupa, nikmat yang paling besar yang kita kecapi hingga ke hari ini adalah nikmat iman dan Islam. Mengapa nikmat ini terlalu besar? Kerana sejak lahir lagi, kita disambut dengan laungan azan, dibisikkan kalimah syahadah, dididik dengan biah Islamiyyah, sehingga saat ini alhamdulillah, masih lagi kita bernafas sebagai seorang Muslim.

NIKMAT BANYAK TETAPI TETAP MENGELUH.

Nabi Ayyub menderita sakit selama tujuh tahun. Pada satu hari, isterinya, Rahmah bertanya dan mengadu kepada kepada nabi Ayyub: "Wahai suamiku, sudah lama aku diuji derita sakit ini. Berapa lama lagi kamu perlu menanggung semua ini?" Nabi Ayyub menjawab dengan bertanyakan soalan: "Wahai isteriku, cuba renungkan hidup kita. Sudah berapa lama kita hidup dikelilingi nikmat, kebahagiaan dan kesihatan?" Rahmah menjawab: "Sudah 80 tahun." Nabi Ayyub bertanya lagi: "Berapa lama pula derita sengsara yang dikongsi bersama aku?" Rahmah menjawab: "7 tahun." Iktibarnya, takkan kita tidak boleh bersabar dengan kesusahan jika dibandingkan dengan nimat yang telah sekian lama diperoleh. Insafilah wahai diri bahawa setiap yang Allah jadikan semuanya untuk kita kembali kepadaNya.
Mudah-mudahan, pengakhiran hayat kita juga sebagai seorang Muslim.
Terima kasih Allah

"Kesabaran yang mendahului kesakitan dan penderitaan akan diganjari kebaikan yang melimpah oleh Allah"

9 March 2015

Habatus Sauda'


Habatus Sauda'

Tetiba nak citer pasal Habatus Sauda kan...
Mungkin sebab Kopi yang selalu aku minum ni setiap pagi... teringin plak nak bagitau tentang 
Habatus Sauda..
Tapi..sebelum ni pun aku pun x tau jgak kelebihan  Habatus Sauda ni....hihi

Jom kita ambik tau pasal apa itu Habatus Sauda...





Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

                         Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:

1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak 
boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.( Sanggat Bagus untk BF ni..)


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain 
”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” 
(HR.Bukhari, Muslim)

Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:



* Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.

* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
* Antiseptik, mengubati bau mulut.
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
* Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit. 
* Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
* Meningkatkan Tenaga, Kecergasan Mental & Fizikal Tubuh
* Membantu memperlahankan proses PENUAAN (ni yang aku suke ni..hihi)
* Membantu masalah lemak berlebihan dan kegemukan
* Membantu melancarkan pengaliran darah
* Mengimbangi metabolisme dalam tubuh, meningkatkan sistem tahap daya tahan tubuh.




ni la keja aku..tiap2 pagi pasti kena bancuh Coffee dulu..hihihi

Ok..itu jerr yang aku nak share..Thanks pada membaca! Semoga ELMU kita terus bertambah...
Jemput minum....( Tapi saya xjual tau..minum jerk..hihi..sedap! )




KANDUNGAN KOPI HABBATUS SAUDA BERMADU AL WAFI
1.      Nigella Sativa (Habbatus Sauda’)
2.      Kopi Arabica
3.      Madu Lebah Asli
4.      Krimer tanpa tenusu dan gula.